About Me

My photo
Malaysia
Ahlan wasahlan.....ismi,Basyiruddin Bin Baharudin,tinggal di Bandar Bukit Mahkota,Bangi...anak yang kedua dari empat orang adik beradik... Pendidikan: -Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selasih(2000-2004) -Sekolah Agama Rakyat Ubudiah(2000-2004) -Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi(2005-2010)

Monday, July 11, 2011

Cinta itu ada Takdirnya

Blarr!!
Pintu dihempaskan dengan kuat. Jannah menghempaskan pintu. Dia merebahkan badannya ke katil sambil menelangkupkan mukanya ke bantal. Dia menangis. Kawan kawan yang kebetulan melepak di kamarnya terkejut. Kamarnya terletak berhadapan dengan tasik yang cantik, tepatnya di Kolej Bunga Raya, Universiti Malaysia Sarawak.
Jasmin, teman sekamar Jannah mengisyaratkan kawan yang lain beredar. Mereka memahami walaupun Jasmin hanya mengisyaratkan dengan isyarat mata. Inilah kali pertama Jannah begini. Gayanya macam putus cinta tetapi tak kan lah sebab Jannah adalah seorang aktivis mahasiswa. Dia terlibat aktif dengan kumpulan usrah dan banyak membimbing usrah. Dia juga sering muncul mengisi forum, forum terakhir yang diisinya adalah forum motivasi Zero to Hero. Tajuknya, ‘Dahsyatkan Potensi Dirimu’. Dia Berjaya membangkitkan motivasi pelajar. Ramai yang jadi bersemangat mendengar ceramahnya walaupun dia masih berstatus mahasiswa.
‘Apa kena dengan ‘Minah’ ni?’, Jasmin bertanya dalam hati  sambil bersalaman dengan kawan kawan yang lain yang bersiap pergi. Kawan kawan pun beredar. Pintu di tutup. Jasmin berjalan menghampiri Jannah.  Dia duduk di tepi Jannah. Jannah masih menangis.  Bantal ditelangkupkan ke mukanya erat erat. Jasmin jadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.
‘Ukhti..ukhti Jaannah-ku sayang..”, Jasmin memanggil Jannah sambil menggoyangkan bahu Jannah lembut.
‘Kenapa ni?, apa masalah kau ni?, kalau tak keberatan, aku bersedia berkongsi masalah dengan kau. Bukankah kita bersaudara, persaudaraan kita telah terikat dengan akidah yang sama. Tambahan lagi kita juga berjuang bersama”, Jasmin cuba menenangkan Jannah. Dia menggosok gosok belakang Jannah.“
“Kau tak kan faham perasaan aku Min..kau tak akan faham”, Jannah membalas. Dia menangis teresak esak.
“Kau tak cerita pun lagi, mana kau tahu aku tak faham, aku kenal kau bukannya sehari dua, dah tiga tahun kita bersama”, Jasmin membalas. Jasmin menyambung bicara,
“Sekarang, aku bagi kau dua pilihan. Samaada kau ceritakan pada aku masalah kau, atau aku biarkan kau sendirian, apa saja pilihan kau aku turuti, dua dua baik insya Allah”, Jasmin memberikan  kata dua kepada sahabat baiknya itu dengan harapan tangisan Jannah akan menurun.
Jannah melepaskan bantalnya, dia merangkul Jasmin. Jasmin dipeluk erat. Jannah menangis teresak esak di bahu Jasmin
‘Sudahlah ukhti, jangan macam ni, bersikap dewasa, kita dah macam adik beradik, kalau kau menangis pasti aku pun akan turut menangis nanti”, Jasmin berbicara lembut kepada Jannah. Akhirnya Jasmin turut menitiskan air mata melihat kawannya itu.
“Aku kecewa! Kecewa sekali. Tak pernah aku kecewa seberat kali ini. Aku se…sedih..sediiih Min..hik..hik..hik..! tangis Jannah semakin menjadi jadi dalam rangkulan Jasmin. Jasmin jadi gegalapan.  Ada masalah berat ni, kata Jasmin dalam hati. “Ada apa dengan Jannah ni.?”
‘Sudah Jannah..dewasa, come on’. Jasmin membiarkan Jannah menangis di bahunya seketika sehinggalah volume tangisannya reda.
Jannah sudah siap memulakan bicara
“Aku kecewa Min, kecewa dan sedih!”.
“Ya, aku tahu, tapi kenapa?”
“Aku putus harap Min! Aku putus cinta!
“Apa?! Putus cinta?! Biar betul kau..
“Ya Min, aku putus cinta!. Cintaku sirna, Kini yang bertakhta di hatiku hanya kecewa dan kecewa Min!.
“Ah, aku tak percaya lah, tak mungkin kau bercinta, kau kan aktivis dakwah, aktif usrah, kau kanakhawat..aku tak percaya lah” Jasmin terkesima dan  tidak mempercayai kata kata Jannah
“Aku serius ni. Aku tidak main main. Aku putus cinta. Siapa bilang aktivis dakwah macam aku tidak boleh memiliki perasaan cinta. Tunjukkan dalilnya kalau Tuhan melarang manusia memiliki perasaan cinta. Tunjukkan Min!”, Nadanya keras.
okaylah aku percaya. Tapi jangan berbelit belit. Ceritakan padaku cinta macam mana yang kau maksudkan. Aku yakin kau tidak akan melakukan maksiat dengan cinta, kau tu dah macam ustazah kat sini”
“Min, aku ingin bertanya jujur dengan kau, jangan bersembunyi dengan aku, barulah aku dapat mengatakan sesuatu dengan jujur pada kau nanti” Jannah bertanya Min. Dia merenung mata Jasmin, kelihatan serius
“Ok”
“Soalan aku, pernahkah kau mengidamkan seseorang akh untuk menjadi suamimu?, jawab jujur Min. Aku tanya serius
Min tersentak dengan soalan itu. Dia tidak menyangka soalan itu. Dia bingung untuk menjawabnya. Tetapi dia sudah nekad untuk berkata jujur.
Min menatap mata Jannah yang masih merah itu serentak Jannah bersuara,  “Ayo la Min, jujurlah pada ku”, Jannah mendesak.
Min menjawab, ‘Jujurnya, aku menjawab ada’.
“Ia satu hal yang wajar bukan?”
Min mengangguk, tanda menyetujui
“Apakah tidak boleh akhawat macam kita mendambakan seorang lelaki soleh, mengidamkan lelaki soleh dengan ciri ciri yang menarik?”, Jannah meneruskan persoalan
“Tidak boleh !”, jawab Min
“Kau jangan begitu Min, kau yakin ke tak boleh, kau jangan main main dengan masalah hukum Min, kau menjawab berdasarkan akal atau nas?!
“Entahlah Jannah”
“Menurutku boleh sahaja. Islam agama yang suci dan fitrah. Cinta adalah fitrah. Tanpa cinta, manusia ibarat mayat yang bernyawa. Tetapi harus diingat cinta sebenar hanyalah cinta pada Allah. Cinta makhluk kepada khalik. Cinta sesama makhluk, cinta lawan sejenis boleh asalkan cinta ini bersandar pada cinta Allah SWT”, Jannah menjelaskan
“Aku setuju ukhti, dan cinta sesama makhluk yang berlawanan jantina adalah fitrah yang datang tanpa kesengajaan, Allah tidak menghukum sesuatu yang dilakukan dengan tidak sengaja”. Tukas Min sambil menyeka air matanya. Jasmin pun turut menangis
“Betul Min, namun cinta yang datang tidak boleh sampai menjadikan kita buta. Tidak boleh terkeluar dari sempadan hati. Walaupun cinta itu termaktub di dalam hati tetapi tetap saja kena waspada dari zina hati. Kalau kita mencintai seseorang dan menjadikan dia raja di hati, sentiasa mengingatinya tanpa sebab, ajak keluar tanpa urusan, sms tanpa tepian, itu jelas bertentangan dengan syariat. Setuju tak dengan aku Min?”
“Aku setuju ukhti, Jazakillah”
Jadi, aku ingin bertanya, salahkah kita mendambakan seseorang untuk menjadi calon suami kita?, sambung Jannah.
“Ya, menurutku boleh sahaja asalkan cinta itu tidak melepasi membran hati. Kan banyak sahabaiyah menginginkan lelaki soleh. Bahkan pernah ada sahabiyah datang menjumpai Rasulullah saw mecalonkan diri sebagai isteri. Rasulullah tidak memarahi perempuan itu, kerana Rasulullah tahu perempun itu ingin menjaga dirinya”
That’s right, betul tu ukhti. Sekarang aku lega kerana kau sependapat dengan ku. Baru aku dapat ceritakan masalahku dengan tenang, dengar elok elok ya ukhti. Tolonglah fahami jiwa ini” Jannah mengharap. Memang tiada orang lain yang lebih dipercayai selain Jasmin
“Kisah ni bemula tiga minggu lalu. Akh yang aku dambakan tu datang menkhitbah aku melalui Ustaz Munawar. Saking gembira aku bukan kepalang ukhti. Ibarat bulan jatuh ke riba. Aku solat istikharah. Aku menyutujui lamarannya”, Jannah bersastera menjelaskan perasaannya ketika itu.
“o..tapi sapa akh yang bertuah tu”, Min bertanya
“Aku pasti kau kenal dengannnya Min, bahkan mungkin seluruh warga kampus kenal dengan dia. Aku sebutkan huruf mula dia saja, dan aku pasti kau dapat teka orangnya. Hurufnya bermula dengan ‘M’”
Mendengar huruf M. Jasmin jadi terkejut.
“Muhaimin, akh Muhaimin, Presiden kelab PEMANAS, Persatuan Mahasiswa Islam Nasional, akh yang baru mendapat master dalam bidang kejuruteraan elektrik, betul ke tekaan ku Jannah?”
“Ya benar Min”
Min tunduk. Sebenarnya dia juga mendambakan akh yang sama. Tetapi ibarat pungguk rindukan bulan. Itu tidak mungkin terjadi. Dia pasrah pada takdir. Lebah bukan seekor katanya dalam hati.
Lebah adalah gelaran untuk lelaki lelaki kaki masjid. Dulu, sebelum disentuh tarbiyah, Min dan kawan kawannya akan menggelarkan budak masjid sebagai Lebah.  Ya, lebah kan banyak sifat baiknya.
“Jadi, apa masalahnya?”,  Min kembali bertanya
“Masalahnya, baru sebentar tadi, ustazah Ulya memberitahuku bahawa akh Muhaimin dengan terpaksanya membatalkan lamarannya kepadaku. ..hik.hik” Jannah menangis semula.
“Tapi kenapa?”
“Ayahnya tidak menyetujui. Ayahnya berkeras tidak mahukan gadis dari Sabah. Aku kan asal Sabah.  Ayahnya juga telah menyiapkan calon untuk Muhaimin..aku sangat sedih Min..” Air mata Jannah mengalir deras
“Sabar Jannah, mungkin ada takdir lain yang lebih baik untuk kau..sabar sayang”. Min cuba menenangkan rakannya.
“Bukan itu saja Min, ayahku pula menelefon aku memberitahu aku bahawa ada pemuda yang ingin berjumpa dan melamarku. Ayahku dan ayahnya kawan baik. Partner business. Aku buntu Min, minggu ni aku diminta pulang ke Kajang, tiket dia dah beli”
Walaupun Jannah berasal dari Sabah tetapi keluarganya telah lama berhijrah ke Kajang. Keluarganya berasal dari keturunan Bisaya. Etnik Bisaya memang terkenal dengan kecantikan rupa paras. Bahkan boleh di katakan gadis Bisaya adalah gadis gadis tercantik di Sabah. Kebanyakan Etnik Bisaya tinggal di Beaufort Sabah. Mereka juga terkenal dengan kelembutan bicara. Etnik Bisaya juga merupakan antara etnik terawal menerima Islam di Sabah.
Maka tak hairanlah Jannah menjadi rebutan ramai lelaki.  Wajahnya ayu memikat. Ada lesung pipit di wajahnya, hidungnya mancung dan matanya sepet seperti mata kebanyakan orang Cina. Etnik Bisaya memang begitu. Ramai lelaki menginginkannya,  tetapi hanya lelaki tarbiyah yang didambakannya dan lelaki itu hampir menjadi suaminya ..tetapi..
…….
“Sudah, abah tak mahu bahas lagi!”, ayah Muhaimin mahu menyudahkan perbincangan.
“Tetapi, kenapa bah, kenapa tak mahu orang Sabah, tak kan abah yang begini moden terpengarh dengan kepercayaan karut marut”, Muhaimin masih tidak berpuas hati. Dia mahukan penjelasan dari ayahnya kenapa dia tidak boleh kahwin orang Sabah
“Pokoknya, abah tak nak, susah nanti, abah dan mama tak mahu berjauhan dengan cucu cucu abah nanti. Lagipun kau satu satunya anak abah Min”
“Tapi bah..”
“Tak de tapi tapi, abah tak setuju, titik. Lagipun kau beritahu dia dari etnik Bisaya, kau tahu orang Bisaya suka pagai ‘guna guna’ ” Tukas ayah Muhaimin nekad.
Sengaja alasan dicipta oleh ayah Muhaimin. Dia memang ada dengar orang Bisaya suka pakai ‘guna guna’, tapi dia sendiri tak mempercayainya sangat.
Ayahnya berlalu pergi meninggalkan Muhaimin di ruang tamu rumah. Rumah mereka besar, ayah Muhaimin adalah seorang kontraktor berjaya. Mereka tinggal di Taman Saujana Impian, Kajang.
Ayah Muhaimin kembali ke ruang tamu. Dia tertinggal cermin mata.
“Oh ya!, jangan lupa hujung minggu ni abah nak perkenalkan kau dengan Maziatul, anak kawan abah, budaknya baik, cantik dan berbudi bahasa. Dia masih ada setahun belajar. Kalau kau setuju, kita akan buat khitbah rasmi”
“Baiklah bah”, Muhaimin menjawab lemah. Dia masih teringatkan Jannah.
“Kau tu dah umur 25, kawan kawan kau semua dah kahwin, dah ada anak pun, kau bila lagi?!”ayahnya memperli.
“Abah ni, Min nak orang Sabah dia tak bagi”, Min membalas
“Sudah, nanti kita jumpa Maziatul, abah yakin kau mesti sukakannya”
“Ye lah bah”
….
“Maz tak mahu la bu, Maz tak mahu”, Maziatul menolak permintaan ayah dan ibunya.
Ayah dan ibu Maziah ingin memperkenalkan Maziatul pada Muhaimin.
“Maz kan masih ada setahun belajar, tak nak la fikir kahwin kahwin ni”, Maziatul berusaha mencipta alasan. Sebenarnya dia sudah ada calon pilihan hati
“Ya lah, ayah tahu tu Maz, tapi bukan ayah nak paksa kau kahwin, dah keluarga mereka yang nak datang merisik, nak buat macam mana. Paling kurang, ayah minta kau jumpa dengannya dulu, selepas itu baru kau buat keputusan. Setuju atau tidak untuk diteruskan. Kalau tak setuju, insya Allah ayah akan bicarkan kepada mereka dengan baik baik” Ayahnya memujuk
“Erm..baiklah ayah”, dia terpaksa merelakan.
“Assalamualaikum”
“Waa’laikumussalam, oh Idris!, jemput masuk”, ayah Maziatul mempersilakan Idris sekeluarga masuk.
Idris adalah ayah kepada Muhaimin.
“Ni ke Muhaimin, segak pak cik tengok, comel cucu pak cik nanti”, ayah Maz memuji Muhaimin. Sengaja mengusik.  Muhaimin termalu. Memang dia berpakaian segak pada hari itu. Baju melayu biru terang  berbutangkan permata berkilauan.
“Maz, tolong hidangkan air untuk tetamu ni”, ayah Maziatul memanggil. Maziatul berada di tingkat atas rumah dengan ibunya.
“Ish, kenapa dengan kau ni Maz. Buang tebiat ke ape!” ibunya menukas Maziah.
Maziah memakai purdah dengan tudung hitam. Bajunnya juga warna hitam. Mukanya terselindung di sebalik purdah.
“Maz kalau nak protes biar  tepat waktunya sayang” Ibu Maziah menasihatkan.
“Ala ibu, ok la ni. Maz malu la”
“Terserah kamu la, tapi jangan pakai semua hitam macam ni, tukar warna biru” Ibu Maziatul memberi arahan. Maziatul menukar pakaian tetapi dia tetap memakai purdah.
Minuman dihidang.
Maziatul menghidangkan air sambil mukanya tertutup dengan purdah. Muhaimin mengerling. Namun, gadis itu tetap khusyuk menuang air. Wajah Muhaimin masih belum dia pandang.
“Jemput minum”, Maziatul mempelawa tetamunya minum. Pandangannya masih tertumpu ke tempat lain bukan pada Muhaimin. Sebenarnya Maziatul tidak berminat melihat lelaki itu, cintanya ada pada orang lain.
Selesai menuang minuman
“Maz pergi belakang dulu ye, siapkan kuih”, dia meminta diri.
Muhaimin seperti kenal suara itu.
Maziatul bangun, mahu berlalu pergi. Tangannya memegang dulang. Ada dua cawan air lebih. Dia masih menundukkan pandangan. Muhaimin langsung tidak dilihatnya.
Pranggg!
Cawan terjatuh. Kaki Maziatul tersadung dek wayar kipas. Dia tidak dapat mengawal dirinya dan terjatuh. Serpihan kaca terkena pada tutup purdahnya.
Maziatul panik, dia takut serpihan kaca mengenai pipinya. Dia menanggalkan purdahnya dan terserlahlah keayuan wajahnya. Menyinar bagai matahari terang.
“Jannah!”, Muhaimin tiba tiba menjerit terkejut.
Gadis itu memandang Muhaimin
“Muhaimin”, dia bersuara perlahan, mukanya merah merona, lesung pipitnya memicit
“Tapi ni namanya Jannah bukan Maziatul”
Maziatul termalu. Dia tidak dapat menahan malu. Wajahnya yang putih bertukar merah
“Nama saya MAZIATUL JANNAH”, suara serak basah milik gadis Bisaya ini beirama cinta
Tamat